AHA, BHA & PHA (CHEMICAL EXFOLIATORS)



AHA, BHA & PHA (CHEMICAL EXFOLIATORS)

Bila cakap pasal direct acid, perkataan “acid” tu sendiri dah boleh trigger korang punya reactions towards direct acids itself. Sore & tingling skin is definitely is one of the effect yang some of you guys will think of. 

To those yang dah biasa menggunakan acids dalam routine korang, kebanyakkan korang sendiri aware yang include acids dalam skincare regime korang is definitely an answer to a pretty much flawless & less bumpy complexion. 

So basically chemical exfoliation ada 3 jenis (AHA, BHA & PHA). Ketiga2 ni sangat2 membantu untuk exfoliate skin, minimise acne, pudarkan pigmentation, pudarkan parut hitam & parut jerawat & skin pun akan rasa less bumpy. All those tiny bumps pon can easily subside. 

AHA

AHA ni lebih sesuai untuk mereka yg berkulit kering, normal to dry skin atau combination more to dry. Tapi all skin type pon boleh je pakai. No problem. AHA ni water soluble & hydrating at the same time. Sebab tu dry skin sgt sesuai guna AHA. AHA bekerja di permukaan kulit dengan exfoliate sell kulit mati dipermukaan kulit & mengelakkan sell kulit mati tu tersumbat ke dalam pori. Contoh AHA (Glycolic acid, Lactic acid, Mandelic acid - the famous one). Yang kurang famous orang pakai macam (Malic acid, Citric acid, Tartaric acid). 

Glycolic Acid :

Paling famous dalam AHA. Mempunyai molecule size yang paling kecil diantara semua Family AHA yang lain. So kiranya glycolic acid ni paling kuat lah antara semua AHA yang lain. GA ni boleh tolong clear kan pori yang tersumbat, smooth kan skin texture, & pudarkan jeragat. 


Lactic Acid :

Kedua famous orang selalu pakai. AHA ni molecule size dia slightly larger than glycolic acid. So kiranya dia less irritating to skin lah. Ideal untuk orang yang ada sensitive skin yang nak pakai AHA sebab dia exfoliate skin kita tanpa buat skin kita rasa kering unlike BHA. LA dapat brighten skin & improve skin’s moisture level. 


Mandelic Acid :

Paling mild & paling ideal jugak untuk sensitive skin. 



AHA ni ideally untuk korang apply masa PM routine (waktu malam). AHA ni photosensitive so wajib pakai sunblock keesokkan hari nya bila pakai AHA ni if korang plan nak apply AHA waktu siang ok. 

BHA

Another type of chemical exfoliator yang lebih sesuai dipakai oleh oily skin & acne to acne prone skin peeps. Yang ada blackhead berjuta tu, milia seeds & white bumps. BHA ni mampu exfoliate bukan sahaja pada permukaan kulit tapi dia penetrate really well sampai ke dalam pori & lapisan dalam kulit. Tapi BHA ni tak boleh digunakan oleh preggy & breastfeed mom kecuali percentage dia less than 2%. Tapi my advice is, avoid terus lagi better. Or else korang boleh pakai AHA. Safe to use by preggy & breastfeed mom. BHA ni can be drying, sebab tu lebih sesuai digunakan oleh oily & combination skin. 

Salicylic Acid : 

Paling common digunakan untuk acne treatment. SA ni boleh exfoliate skin, anti-inflammatory, antibacterial, clear clogged pores, treat acne & blackhead. Suit for oily skin, combination, acne prone skin. 



Betaine Salicylate :

Lagi mild & gentle dari SA. So korang yang nak pakai BHA tapi nak carik yg lebih mild & gentle to skin, boleh gunakan product yg menggunakan BS ni instead of SA. Even sensitive skin pon boleh guna. 


PHA

Molecule size PHA ni paling besar compare to AHA & BHA. So PHA ni tak dapat nak penetrate skin as deeply as AHA & BHA. PHA ni consider paling mild & paling gentle dalam family hydroxy acids & paling kurang irritasi. So kalau skin korang memang tak boleh tolerate lansung AHA & BHA, so korang boleh guna PHA. PHA ada tiga (gluconic acid, lactobionic acid & galactose). 



ALWAYS WEAR YOUR SUNSCREEN WHEN USING ACIDS

Tak kira AHA, BHA atau PHA & whatever percentage sekali pon, apply sunscreen adalah wajib setiap kali guna acids. Skin kita automatically akan jadi lebih sensitive terhadap cahaya matahari bila menggunakan acids. So that’s why korang kena pakai sunscreen supaya skin korang tak mengalami sunburn & endup kulit jadi lagi bermasalah. 






Comments

Popular posts from this blog

PAKAI SUNSCREEN TAPI KULIT MAKIN GELAP

MOISTURISER FOR SKIN BARRIER

JERAWAT PASIR/WHITEHEAD/TINY BUMPS/CLOSED COMEDONES