MY MAKEUP PRODUCT REVIEW

MY MAKEUP PRODUCT REVIEW

Hola!

Posting kali ni kekra nak share apa ja barang makeup untuk daily makeup yang mostly dari drugstores lah & ada a few dari Sephora yang kekra kerap pakai bila nak makeup. Yang penting tak tahap jerat leher lah tiap kali nak beli (except yang dari sephora, tapi kebanyakkan yang dari Sephora kekra beli dalam kit box, so dapat lah yang full size & ada jugak travel size & harga pon lebih murah berbanding beli satu2). Simple explaination kekra share dekat every pic ok. Btw this one bukan lah full review since takda masa nak review semua. So i buat simple posting only. For more info boleh tanya or google laaaaagii senang. ðŸĪŠ



Bourjois Healthy Mix Foundation & Bourjois Radiance Reveal Concealer.

Kekra pakai code Dark Beige untuk foundation & code Beige untuk concealer.

Bourjois keluarkan range foundation yang ada Vitamin B5, C & E. So basically foundation diorang ni diorang claim as an Healthy Mix Fd. So kalau rasa2 sejenis yang susah nak ngam dengan fd, boleh cuba Bourjois ni. Foundation ni jugak non-comedogenic so chances nak buat pores tersumbat tu tak ada. Coverage (buildable coverage with medium-full cover). Size 30mL.

Concealer diorang pon one of my favourite so far. Medium - Full coverage. Cuma kecik sangat. 7.8 mL je. 

Price Watsons : 
Fd RM56.90
Concealer RM39.90

* Price might vary 



Loreal Paris True Match Powder Foundation (Two way cake). Spf 32 PA+++

This one two way cake powder boleh pakai terus or nak pakai atas foundation pon boleh. But normally kekra kalau nak cepat memang grab this one je. Sapu3, sap sap soi siap. Cuma takdelah full coverage sangat melainkan basahkan dulu span & apply. Since two way cake ni korang boleh pakai dua cara, satu basahkan span dulu & apply or terus direct apply je guna span or brush. Yaaa Terpulang kamu nabilaaa. Kekra pakai code Nude Beige. 

Price watsons :
RM68.30

* Price might vary



Rimmel Stay Matte Pressed Powder

This one compact powder biasa. Kalau nak setting foundation or bb cream ke boleh guna this one. Finishing dia smooth aja. Recommended guna powder brush. Kekra pakai code Warm Beige. So far my favourite compact powder. Dah lah mur mur pulak tu. Benda murah wajib di warwarkan.

Price Watsons :
RM14.90

* Price might vary




Loreal True Match Satin Smooth Liquid Foundation

One of my favourite too since this one agak full coverage. Pakai dengan concealer lagi cantik. Tapi sometimes tak payah pakai concealer pon tak pa, dah boleh cover dah parut hitam/parut jerawat. Kalau oily skin kena set dengan loose powder na since finishing dia bukan matte finishing. Kekra pakai code Nude Vanilla

Price Watsons :
RM59.90



Loreal MatMagique 12H Bright Mat Foundation

Kalau oily skin/combination sangat sesuai lah pakai this one since finishing dia matte finish. Me myself yang dry skin pon suka pakai sebab dia tak cakey. Tak nak set dengan powder pon takda masalah. Suka hati hang na nabila. Kekra pakai code N4

Price Watsons :
RM49.90



Maybelline The Falsies Push Up Angel 

Ok this one pon major love. Suka habis. Tengok lah wand dia yang slim tu memudahkan proses hampa nak lentikkan bulu mata. Bahagian2 bulu mata yang pendek2 dekat tepi2 mata tu pon kasi settle dia lentikkan. Bulu mata bawah? Lagggiii senang nak apply guna mascara ni since dia kecik je kan. So takdelah comot bila tiap kali nak apply mascara kan. Since kekra bukan lah peminat fibre mascara, so mascara jenis2 lagu ni i suka lah. This one dia lentikkan je tau tapi tak ada effect lengthening or volumizing. So kalau nak panjang2 tebal2 kena cari volumizing type of mascara or fibre mascara. 

Price Watsons :
RM39.90




Maybelline Lash Sensational

This one effect dia pon not bad. Bulu mata nampak panjang. Sesuai jugak untuk bulu mata bawah. Brush dia jenis fanning brush. So finishing dia akan menghasilkan full fan effect finish. Walaupon dia waterproof, tapi senang je nak tanggalkan. 

Price Watsons :
RM39.90



Maybelline The Hyper Curl Volume Express (Brown)

This one kekra pakai yang brownish color dia. So dia nampak soft je lah. Bosan kan asyik hitam je, so kita cuba eyelashes in brown color pulak. Kalau tak pakai eyeshadow, nampak lah color dia tu, kalau pakai eyeshadow ur lashes akan nampak tenggelam since color dia pn brownish2 gitu. I suka jugak pakai ni since eye lash kita akan nampak volumize & nampak meriah. Mcm tgh buat perhimpunan beramai2 atas mata. Kah! 

Price Watsons :
RM19.53



Sleek Makeup Mineral Based Eyeshadow Palette 

This one kekra ambik code Vintage Romance 141. Kekra jaranglah pakai eyeshadow kecuali ada event ke, kenduri kendara ke, buang tebiat ke. Eh? Haha. Kalau keluar dating ngan husband weekend ke pakai lah ni since color dia pon takdelah pigmented sgt2. Tapi kira bolehlah. Not really my favourite berbanding Naked eyeshadow yang kekra pernah guna dulu. 

Price Sephora :
RM65



Tarte Tartelette Toasted Eyeshadow Palette

Eyeshadow dari tarte ni memang favourite kekra. Since suma color2 dia pigmented, so pakai sikit je dah nampak. 

Price Sephora :
RM165



NRC Luxury Micro Compact Powder (code Medium Dark)

Compact powder dari Nuex Rosli ni kekra baru pakai sekali. I lovee it. Actually sangat senang lah weyh since this one tak payah lah susah2 nak pakai foundation bagai, guna je berus & dap2 je kat muka. I beli jugak Nuex punya brush tapi kekra tak beli powder brush but i buy foundation brush. Lagiiii lekat hebat powder tu kat brush tu & lagi mampat dekat skin bila kita start apply. Kalau nak effect full cover mcm Nuex buat tu, jangan guna kan powder brush yang besar sangat. Blush powder pun kekra rasa sesuai jugak nak apply this powder & untuk dapatkan effect full cover tu.

Price (Stokis Sah Nuex Rosli) :
RM79 for powder
RM89 for brush



Maybelline Clear Smooth All in One Bb Cream (code Natural)

To those yang suka pakai Bb cream, bb cream dari maybelline ni best jugak pakai tapi light-medium cover sahaja. Kekra tak suka satu je, bau dia. Wangi tapi kekra memang kurang suka barang makeup wangi2 😂

Price Watsons :
RM19.50



Silkygirl Quick Fix Care Concealer (Code Natural Medium)

Ya Tohan senang gila lah nak apply this one. Cuma leceh sikit lah nk kena picit2 belakang dia before apply. Macam pen picit tu. Macam tu lah application dia. And then dia dah ada brush kt depan tu so senang terus calit je. Medium coverage tapi kekra suka. Kalau nak pilih concealer ni, carik yang cerah skit je dari foundation kita. 

Price Watsons :
RM9.40



Catrice Liquid Camouflage High Coverage Concealer (code 007)

Catrice punya liquid concealer ni memang full coverage. Serious cakap. Tapi tapi, kekra kurang berkenan sebab susah nye lahaiiii nak blend. Kena tonyoh2 sikit muka tu. Kalau nak senang blend, korang boleh lah basahkan sikit beauty blendar korang tu. Tapi still lah, not one of my favourite concealer so far. I lagi prefer Bourjois or silkygirl. 

Price Guardian :
RM21.70



Maybelline Fit Me Concealer (code Sand Sable)

Kalau korang suka concealer yang matte finish, fit me concealer ni best. Tgk lah kekra pakai sampai dah jahanam dah luar2 botol tu. Medium coverage tapi memang best. 

Price Watsons :
RM22.32



NYX HD Studio Photogenic Concealer (code Beige)

Hat ni pon best medium to full coverage. Easy to blend & i love it. 

Price Hermo : 
RM26.00



NYX Stay Matte But Not Flat Liquid Foundation (code Warm Beige)

Code warm beige ni agak gelap lah actually even untuk orang berkulit sawo matang. So korang boleh mix dengan fd yang lebih cerah or set fd dengan powder yang sedikit cerah. Settle. 

Fd ni kekra kurang suka sikit sebab bau dia memang kurang menyenangkan hidung. Bau dia tak wangi lansung. Tak sure lah bau apa. Fd ni korang kena goncang dulu before guna. Finishing dia semi matte. So untuk oily skin/combination kena setting dengan loose powder. Coverage, medium to full. 

Price Hermo :
RM39.90



Simplysiti Cc Dd Colour Corrector (code medium beige)

This one usually kekra guna sebagai base makeup. 

RM49.90 watsons



Tarte Amazonian Clay 12Hour Blush (code exposed)

Blusher dari tarte ni dia tak terlalu pink. Shades dia more to brownish2 sikit. Kekra suka sebab dia tak over sgt & just nice je. 

RM115 Sephora



Palladio Matte Blush (code Peach Ice)

Powdery blush dari palladio ni too powdery bagi kekra. So dia macam tak lekat sangat kalau pakai after kita dah set foundation. So untuk palladio ni kekra akan apply after foundation & before setting dengan powder. Baru dia lekat elok & nampak pigmented sikit shades dia. & if lepas apply powder u nampak color dia fade sikit, boleh tambah lagi on top of ur powder tadi. Sumpah lagiiii tahan lama blusher korang tu. 

RM28.20 Guardian



Sephora MicroSmooth Baked Sculpting Trio (code Clair Light)

3 in one. Ada blusher, bronzer (shading) & shimmer (highlighter). So basically jimat sebab dah ada all 3. Tak payah pening pikir nak beli shading lain & highlighter lain. 

RM89 Sephora



Sephora Wonderful Cushion Blush (code Bubbly Syrup)

This is consider my second cushion blush. Before this kekra pernah pakai cushion blush dari lancome. Sampai habis i pakai. Sebab memang best. Tapi i kurang suka cushion blush sephora ni. Sebab satu nya agak susah nak apply (lancome punya dalam bekas compact powder tu, so ada puff and easy to apply. This one mcm u kena picit & tekan & if terlebih tekan, byk pulak keluar, tapi dia ada sponge dia sendiri dekat tube ni. So kalau korang suka blush on the go mcm ni, y not give it a try). 

RM56 Sephora



Maybelline V-Face Duo Stick (code Medium)

Duo stick ni meaning dia ada contour & highlighter. Tapi kekra hanya pakai contour part tu je. Yang highlighter dia tu kekra kurang suka sebab i dah try pakai tapi macam tak kena pulak dengan my skin. So if u nk contour your face tapi tak nak terlalu gelap sangat, boleh cuba this one sebab color dia memang soft & easy to apply. 

RM39.90



Tarte Amazonian Clay Matte Waterproof Bronzer (code hotel heiress) 

My favourite bronzer so far. Easy to blend. Tapi this one korang kena ada your own brush to apply. Code yang kekra guna ni shades dia tak terlalu gelap & agak soft. So just nice je finishing dia.

RM130 (full size)



Becca Shimmering Skin Perfector 

Liquid shimmering. Kekra prefer lagi powder shimmering dari liquid walaupon color dia lawa sangat. Tapi for easy application, powder lagi better. 

RM184 (full size)



Tarte Amazonian Clay Highlighter (code exposed highlight)

Palinggg suka this one. Kalau nak effect glowy2 tu, boleh apply this one. 

RM116 (full size)



Benefit Dew The Hoola Soft Matte Liquid Bronzer

Untuk bronzer pon sama, i prefer in stick or powder texture. Lebih easy to apply. Kalau korang suka kan sun-kissed effect, ala2 tan gitu, boleh lah guna bronzer dari Benefit ni. Oily skin suit this one since finishing dia matte.



Althea Petal Velvet Powder

Kekra sangat suka loose powder Althea ni. Tapi sikit sangat & this one pon dah nak habis dah. Suit for oily skin/combination. 

RM18 Althea Apps




Dari kiri :
1. Silky girl Eyeliner (kekra guna utk belah bawah mata. Tak comot) - code blackest black. RM17.50 watson

2. Rimmel Eyebrow Pencil (code black brown). Very pigmented so jangan tekan2 sangat masa apply eh. RM8.72 watson

3. Silkygirl Natural Brow Pencil (code dark brown). RM10.90 watson

4. Elianto Absolutely Resistance Eyeliner Pencil (code Twilight black). This one pon best, tak comot. RM36.90 hermo

5. Maybelline Tattoo Brow Ink Pen (this one nama je tattoo, tapi boleh basuh okay. Don’t worry. Refer next pic untuk tahu lebih lagi pasal brow pen ni) RM36.90 watson.

6. Maybelline Hyper Sharp Power Black Liner. (Suka pakai eyeliner nipis2 tapi sharp gila bila nak buat wing? Ha this one memang A++. My all time favourite). RM29.90 watson



Maybelline Tattoo brow ink pen ni actually kekra guna untuk pakai kat bahagian depan kening kita tu. Mula2 kekra lukis frame guna eyebrow pencil dulu, lepas tu fill in ruang dalam kening dengan eyebrow pencil jugak/eyebrow dip pomade, make sure fill tak sampai belah depan2 kening. Ha yang belah depan kening tu, kekra akan guna kan tattoo brow ink pen ni untuk hasilkan natural looking brow. So that takdelah kening korang macam sinchan. Korang yang suka lukis kening tu harus grab benda alah ni. Best ok! Nora bagi 5 bintang.



Loreal Brow Artist Brow Pomade (code Chatain)

Kalau korang suka kening korang soft2 je, ha this one memang ok. So far kekra suka pakai this one cuma applicator dia tu, brushnya agak soft so for me susah sikit nak buat frame. So if u guys ada your own angle brush, so boleh guna. Angle brush kekra tu dia macam keras sikit & lagi nipis, so memang sesuai untuk lukis frame kening. Untuk fill, korang boleh guna brow pomade ni punya applicator tu. 

RM59.90 watson

Comments

Popular posts from this blog

PAKAI SUNSCREEN TAPI KULIT MAKIN GELAP

MOISTURISER FOR SKIN BARRIER

JERAWAT PASIR/WHITEHEAD/TINY BUMPS/CLOSED COMEDONES